Sunday, February 5, 2012

If He is among us....


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna (padam),
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

.......................................................................................................................

Selawat dan salam ke atas junjungan agung Nabi Muhammad SAW,

Subhanallahindahnya bait-bait lirik lagu 'Lau Kaana Bainana' (seandainya Baginda dikalangan kita) ini. Ya Rasulullah SAW, sungguh mulia peribadimu, sungguh indah tingkah lakumu, sungguh cekalnya hatimu, betapa agungnya pengorbananmu dalam memperjuangkan islam. Sungguh kerdil terasa diri. Wahai kekasih Allah, layakkah diri ini digelar ummatmu. Layakkah diri ini digelar saudaramu. Layakkah diri ini memohon syafaatmu. Sedangkan di akhir hayatmu, tiada apa yang Engkau ungkapkan melainkan "ummatku, ummatku, ummatku". 

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Betapa bersyukurnya kami menjadi ummatmu Ya Rasulullah. Kala ini betapa rindunya diri denganmu Ya Rasulullah. Semoga kerinduan ini akan sentiasa hadir dalam sanubari bukan hanya dikala sambutan kelahiranmu sahaja. Insya allah.


"Ya Allah, jauhkanlah kealpaan dari diri kami. Kuatkanlah iman kami. Tetapkanlah iman kami. Agar kami sentiasa mencintai-Mu. Agar kami sentiasa mencintai rasul-Mu, Nabi Muhammad SAW."





Selawat dan salam ke atas junjungan agung Nabi Muhammad SAW.
12 RabiulAwal 1433H.