Friday, June 24, 2011

Books and Me

Salam Jumaat :)

Nikmatnya pagi hari minggu ni bila dapat bermalas-malas di atas sofa sambil sesekali tangan membelek-belek helaian demi helaian ditemani segelas susu coklat panas yang masih beruap-ruap hawanya. Sesekali terdengar kicauan-kicauan burung yang mendamaikan. Having this quick update just as sharing :)

Currently reading these,

Kasih Benar Kasih
Aleya Anessa



Sinopsis
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


p/s: kali pertama tengok terus jatuh cinta dengan muka depan novel ni. Terima kasih nisa ^__^


Murabbi Cinta
Hasrizal Abdul Jamil
Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?


Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah.

Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat.
Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam.
Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.

Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta.

Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi.

Seorang Murabbi.

MURABBI CINTA.


p/s: hadiah terindah dari seorang sahabat baik, terima kasih k.Joh :)

Ensiklopedia Haji & Umrah

p/s: satu buku lengkap yang sangat2 membantu.


Books on the wishlist,

Rindu Di Awan Biru
Meen Zulaikha



Sinopsis
JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

p/s: tertarik dengan sinopsis dan jugak penulisnya, Meen Zulaikha, juga penulis Kasih Yang Suci yang telah diadaptasi kepada drama, Nora Elena yang sangat best :))

Trilogi Aku Terima Nikahnya
Hasrizal Abdul Jamil

visit this web for more info: saifulislam.com
Kompilasi daripada buku-buku indah di bawah.

 AKU TERIMA NIKAHNYA 1,2 & 3

Nak sambung baca balik !! Have a nice weekend :)

p/s: counting the days, today is 22 Rejab 1432 H, another 49 days left.